ad
AGENDA

Aliran trafik lancar di lebuh raya utama pagi ini

24 Apr 2023, 2:25 AM
Aliran trafik lancar di lebuh raya utama pagi ini

KUALA LUMPUR, 24 APRIL: Aliran trafik di lebuh raya utama keseluruhannya masih lancar setakat 9 pagi ini pada hari ketiga sambutan Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata pihaknya menjangkakan bilangan kenderaan akan bertambah menjelang tengah hari berikutan cuti umum sempena perayaan Aidilfitri berakhir hari ini.

LLM memaklumkan setakat ini hanya ada satu kemalangan melibatkan kereta terbabas di kilometer (KM) 291.3 arah selatan dari Simpang Pulai ke Gopeng, namun tiada lorong terhalang dan aliran trafik terkawal.

Sementara itu, PLUS menerusi ciapan di akaun Twitter turut memaklumkan terdapat lori rosak di KM79.5 arah selatan dari Pendang ke Gurun yang menyebabkan lorong kiri ditutup, bagaimanapun keadaan trafik lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.