AGENDA

Anwar ziarah Rohana Jalil, rakan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz

23 Apr 2023, 1:50 PM
Anwar ziarah Rohana Jalil, rakan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR, 23 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi penyanyi era 80-an Rohana Jalil yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada Jumaat lepas.

Anwar menerusi catatan di Facebook hari ini memaklumkan Rohana mengalami kebocoran usus dan tahap kesihatannya masih dipantau pasukan perubatan.

Perdana Menteri turut mengambil peluang menziarahi Adzis Ismail, rakan beliau ketika menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang sedang menjalani dialisis akibat masalah kesihatan di hospital sama.

“Saya mendoakan kedua-dua mereka dikurniakan aafiyah (kesihatan), insya-Allah,” kata Anwar.

Media sebelum ini melaporkan Rohana atau nama sebenarnya Dara Abd Jalil, 68, dimasukkan ke hospital itu pada Selasa, sebelum selamat menjalani pembedahan pada keesokannya bagi merawat kebocoran pada usus.

Difahamkan ibu kepada pelakon Kilafairy itu sudah dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU) hari ini dengan pemantauan rapi doktor.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.