AGENDA

Aliran trafik di lebuh raya utama setakat 9 pagi hari pertama Aidilfitri lancar

22 Apr 2023, 1:30 AM
Aliran trafik di lebuh raya utama setakat 9 pagi hari pertama Aidilfitri lancar

KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Hari pertama sambutan Aidilfitri menyaksikan aliran trafik di lebuh raya utama lancar dan terkawal setakat 9 pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata bilangan kenderaan tidak menunjukkan sebarang peningkatan dan tiada kemalangan yang menyebabkan laluan di lebuh raya ditutup setakat ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.