GOMBAK, 22 APRIL: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa melawat ke gerai Lemang U-turn yang diusahakan pasangan suami isteri di Batu 7, Jalan Gombak di sini, malam tadi.
Dato’ Seri Amirudin Shari tidak melepaskan peluang mencuba sendiri cara-cara menghasilkan lemang dengan memasukkan beras pulut dan santan ke dalam buluh.
Sepanjang proses pembuatan lemang itu, Amirudin dibantu pengusaha gerai berkenaan Mohd Fadzly Izahar dan isterinya Rosmaria Ibrahim.
[caption id="attachment_578024" align="aligncenter" width="782"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menziarahi bekas pemain bolasepak Khalid Ali di Keramat, Gombak pada 21 April 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]
Terdahulu, Amirudin melawat legenda bola sepak negara Khalid Ali yang disahkan menghidap barah paru-paru tahap 3A di kediamannya di AU4 Keramat di sini.
Sebelum itu, Amirudin yang juga ahli parlimen Gombak meluangkan malam Aidilfitri dengan bertakbir raya bersama kira-kira 100 jemaah Surau At-Tarbiah, Fasa 4, Taman Melawati di sini.
[caption id="attachment_578017" align="aligncenter" width="981"]
Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari bersama jemaah surau bertakbir raya selepas menunaikan solat Isyak di Surau At Tarbiah,Taman Melawati pada 20 April 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]








