AGENDA

MB tunai solat Jumaat di Masjid At Taqwa bersama lebih 500 jemaah

21 Apr 2023, 7:57 AM
MB tunai solat Jumaat di Masjid At Taqwa bersama lebih 500 jemaah
MB tunai solat Jumaat di Masjid At Taqwa bersama lebih 500 jemaah

GOMBAK, 21 APRIL: Dato’ Menteri Besar menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah, di Masjid At Taqwa, Selayang Baru, di sini, hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 1.00 tengah hari.

Beliau turut mendengar khutbah bertajuk ‘Meraih Hasil Tarbiah Ramadan’.

Amirudin selepas itu turut mengambil peluang beramah mesra dan mendekati masyarakat serta bersalaman dengan mereka.

Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menunaikan solat Jumaat di Masjid At Taqwa, Selayang Baru pada 21 April 2023. Foto Pejabat Menteri Besar

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.