AGENDA

Gempa bumi lemah di Beluran, Sabah, tiada ancaman tsunami

20 Apr 2023, 2:40 AM
Gempa bumi lemah di Beluran, Sabah, tiada ancaman tsunami

KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Gempa bumi lemah di laut berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Beluran, Sabah pada 9.07 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) di koordinat 6.6 darjah utara dan 117.4 darjah timur.

“Gempa tersebut berjarak 37 km tenggara dari Pitas, Sabah dan 365 km utara dari Tarakan, Indonesia,” menurut kenyataan berkenaan.

Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.