AGENDA

Empat keldai akaun sindiket penipuan termasuk warga emas ditahan

19 Apr 2023, 9:17 AM
Empat keldai akaun sindiket penipuan termasuk warga emas ditahan

BALIK PULAU, 19 APRIL: Polis menahan empat lelaki termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM47,006, semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan hari ini memaklumkan empat lelaki berusia 25 hingga 68 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya.

"Berdasarkan siasatan mereka disyaki menjadi keldai akaun oleh sindiket dalam penipuan iaitu menyamar sebagai pegawai Touch N Go, pinjaman wang tidak wujud melalui dalam talian dan pelaburan Forex Torque Market LTD.

"Jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa ialah RM300 sehingga RM47,006 membabitkan kes yang dilaporkan pada 2021, 2022 dan 2023," menurut kenyataan itu.

Mereka direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.