AGENSI

MBI salur bantuan awal kepada peniaga bazar Ramadan terjejas akibat hujan

15 Apr 2023, 1:00 AM
MBI salur bantuan awal kepada peniaga bazar Ramadan terjejas akibat hujan

SHAH ALAM, 15 APRIL: Peniaga Bazar Ramadan di Greenwood dekat sini semalam yang terjejas akibat hujan dan angin kuat akan dibantu Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Perkara itu disampaikan Dato' Menteri Besar sebagai maklum balas kepada seorang pengguna media sosial Arif Asyraf.

"Maklumat awal lapan penjaja terkesan, MBI akan salur bantuan awal esok (hari ini) atau lusa (esok)," menurut Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Difahamkan kejadian itu mengakibatkan banyak khemah peniaga bazar Ramadan di kawasan berkaitan terbalik dan tumbang walaupun hujan serta angin kuat berlaku dalam tempoh lima minit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.