AGENDA

KPDN sita 98,840 liter diesel bernilai lebih RM200,000

14 Apr 2023, 2:26 AM
KPDN sita 98,840 liter diesel bernilai lebih RM200,000

SEREMBAN, 14 APRIL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan menyita 98,840 liter minyak diesel dengan nilai rampasan RM212,506 di sebuah premis di Port Dickson, petang semalam.

Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan berkata pihaknya menyerbu premis di Taman Perindustrian Sri Lukut, mendapati premis terbabit memiliki diesel melebihi had 60,000 liter yang dibenarkan.

"Pemeriksaan di peringkat pemborong diesel bersubsidi itu dijalankan adalah tindakan proaktif KPDN bagi mengenal pasti dan menangani isu ketirisan diesel bersubsidi sepanjang tempoh OPS TIRIS dijalankan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.