Oleh DIANA ABD WAHAB
GOMBAK, 12 APRIL: Dato’ Menteri Besar menghadiri majlis doa selamat dan berbuka puasa anjuran Surau al-Karimiah Kampung Laksamana di sini, petang tadi.
Majlis doa selamat diadakan sempena keberangkatan Dato' Seri Amirudin Shari menunaikan umrah ke tanah suci esok.
[caption id="attachment_576590" align="aligncenter" width="747"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis doa selamat dan berbuka puasa di Surau al-Karimiah, Gombak pada 12 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]
Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Laksamana kepada 12 anak yatim.
Beliau kemudian berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama 300 kariah surau.
Ahli Parlimen Gombak itu sempat beramah mesra dengan penduduk sebelum meninggalkan majlis.
[caption id="attachment_576591" align="aligncenter" width="736"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim ketika majlis doa selamat dan berbuka puasa di Surau Al-Karimiah, Gombak pada 12 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]


