ad
ADN

750 warga DUN Paya Jaras terima baucar beli-belah Aidilfitri, set kuih raya

10 Apr 2023, 2:57 AM
750 warga DUN Paya Jaras terima baucar beli-belah Aidilfitri, set kuih raya

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 10 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras mengedarkan baucar Jom Shopping Aidilfitri berjumlah RM150,000 kepada 750 keluarga berpendapatan rendah (B40).

Wakil rakyatnya Mohd Khairuddin Othman berkata menerusi penyerahan baucar bernilai RM200 itu penerima boleh membeli-belah di Pasaraya Econsave Sungai Buloh.

“Kita harap menerusi bantuan ini sedikit sebanyak ringankan beban kewangan supaya mereka dapat raikan Aidilfitri dengan meriah dan gembira,” katanya ketika dihubungi.

Khairuddin berkata pihaknya turut mengedarkan 750 set kuih raya kepada penerima dalam majlis penyerahan baucar di tapak parkir Pasaraya Econsave Sungai Buloh, semalam.

Jom Shopping Perayaan merupakan bantuan sempena tiga perayaan utama bagi meringankan beban keluarga kurang berkemampuan untuk menyediakan persiapan perayaan.

Tahun ini seramai 37,250 keluarga kurang mampu menerima baucar beli-belah berjumlah RM200 sempena Aidilfitri, meliputi peruntukan keseluruhan berjumlah RM7.45 juta.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM16.48 juta bagi pemberian baucar terbabit menerusi Belanjawan Selangor 2023 dengan menaikkan kadar inisiatif kepada RM200 setiap keluarga berbanding RM100 sebelum ini.

Had pendapatan bulanan isi rumah turut ditingkatkan daripada RM2,000 kepada RM3,000 sebulan dan memanfaatkan 82,400 penerima di seluruh negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.