ad
ADN

Lebih 300 ahli TAWAS DUN Paya Jaras terima bantuan masuk sekolah

9 Feb 2025, 6:55 AM
Lebih 300 ahli TAWAS DUN Paya Jaras terima bantuan masuk sekolah

SHAH ALAM, 9 FEB: Lebih 300 ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras menerima bantuan masuk sekolah, semalam.

Penyelaras DUN berkata program inisiatif Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) diharap dapat memberi motivasi kepada anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersemangat.

"Alhamdulillah, Program Serahan Bantuan Masuk Sekolah 2025 berlangsung dengan jayanya! lebih 300 ibu bapa dan anak-anak hadir untuk menerima sumbangan kelengkapan sekolah bagi sesi persekolahan 2025.

"Program ini adalah hasil inisiatif YAWAS bagi membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan," menurut pejabat itu menerusi Facebook.

Sebelum ini, Penolong Pengurus Komunikasi Korporat YAWAS Sharizan Mohd Sharif berkata seramai 29,105 ahli TAWAS menerima bantuan masuk sekolah 2025.

TAWAS antara program kebajikan negeri dilancarkan pada 2008 terbuka kepada anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan perlu didaftar sebelum anak berusia tiga tahun. Ahli menerima RM1,500 apabila berusia 18 tahun.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.