SHAH ALAM, 10 APRIL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbang RM11.3 juta kepada 26 rumah pemulihan riqab (RPR) menerusi geran bantuan pemulihan riqab untuk kebajikan asnaf riqab.
Menurut agensi itu sumbangan berkenaan bagi menampung kos program, pengurusan dan penjagaan asnaf riqab di RPR bawah seliaannya bagi tahun ini.
"Antara RPR yang menerima bantuan termasuk Rumah Pertubuhan Amal dan Kebajikan Anak-Anak Islam Tersisih Selangor (PAKATs) dan Rumah Pertubuhan Insan Permata Disayangi (PINTAS), Rumah Teduhan Kasih, Rumah Penawar dan Rumah Sahabat.
"Diharap bantuan yang diberikan dapat digunakan sebaiknya bagi membantu rumah terbabit menjalankan tanggungjawab sosial memastikan asnaf riqab diberi perlindungan, pemulihan dan bimbingan yang sewajarnya," katanya.
[caption id="attachment_576163" align="aligncenter" width="817"] Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbang RM306,000 kepada 1,207 asnaf riqab ketika majlis Iftar dan Tadarus Perdana Riqab Mais 2023 Dewan Orkid, Wisma PKPS, Shah Alam pada 9 April 2023 . Foto Facebook Majlis Agama Islam Selangor[/caption]
Terdahulu beliau menyempurnakan majlis Iftar dan Tadarus Perdana Riqab Mais 2023 Dewan Orkid, Wisma PKPS di sini, semalam.
Dalam majlis sama, Mais turut menyumbang RM306,000 kepada 1,207 asnaf riqab bagi membolehkan mereka membuat persiapan awal menyambut Aidilfitri.
"Sumbangan yang diagihkan menggunakan peruntukan zakat asnaf riqab ini bertujuan membantu mereka yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan, pencegahan dan kawalan bagi menggalakkan kembali ke pangkal jalan," katanya.