ad
AGENDA

Alam diwaris buat insan berakhlak mulia, pegang teguh pada Islam (VIDEO)

8 Apr 2023, 9:00 AM
Alam diwaris buat insan berakhlak mulia, pegang teguh pada Islam (VIDEO)

SHAH ALAM, 8 APRIL: Umat Islam berakhlak mulia bakal mewarisi alam yang harmoni tanpa perpecahan justeru teguhkanlah keimanan pada Allah SWT.

Menghuraikan ayat lapan Surah Furqan yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berkata Allah mengekalkan pewarisan bumi kepada insan yang terpilih.

"Gambaran ayat ini nak beritahu bumi diwariskan kepada orang-orang yang Dia nak iaitu orang yang sabar, berakhlak baik dan telus.

"Sebagai contoh Islam datang ke Sepanyol dalam keadaan berperang, sekarang mana ada Islam (di sana).. berbeza dengan Islam yang datang ke Tanah Melayu walaupun sudah seribu tahun tapi semua masih berpegang teguh pada ajaran Islam," katanya.

https://twitter.com/AmirudinShari/status/1644573283717885953?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1644573283717885953%7Ctwgr%5E1e2b9761506ca6980659448eb07ec4cd6b634275%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fpublish.twitter.com%2F%3Fquery%3Dhttps3A2F2Ftwitter.com2FAmirudinShari2Fstatus2F1644573283717885953widget%3DTweet

Beliau membuat huraian itu dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Amirudin pula menambah ajaran Islam menjadi menjadi kefahaman dan jalan kehidupan penganutnya di Malaysia yang kekal harmoni.

"Bila kita lihat kita menerima Islam pada masa Tanah Melayu dijajah, bukan satu penjajah... Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.

"Alhamdulillah majoriti umatnya masih lagi mengamalkan Islam sehingga hari ini," katanya.

Mengulas lanjut, Don Daniyal berkata ayat ini mengisahkan pengikut awal Nabi Muhammad SAW yang dituduh tidak siuman oleh musyrikin Mekah.

"Apalah sangat orang kata kita tak betul, nabi pun mereka kata tak siuman.

"... ketika orang merejam batu tapi nabi masih berdoa semoga (zuriat) yang keluar dari tulang sulbi mereka nanti adalah orang yang beriman. Luar biasa sabar nabi," katanya.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu – kepentingan infak harta

Episod dua – bersyukur bukti keimanan

Episod tiga – taubat kunci keampunan-Nya

Episod empat – taati ibu bapa

Episod lima – istiqamah dalam beramal

Episod enam – sifat amanah ketika memimpin

Episod tujuh – bina kasih dalam keluarga

Episod lapan – doa pakaian ummah

Episod sembilan – tuntut ilmu

Episod 10  – hidup harmoni masyarakat

Episod 11 – ujian pengukur iman

Episod 12 – akidah keturunan Nabi Yaakub

Episod 13 – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta

Episod 14  – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin

Episod 15 – peringatan bercakap benar

Episod 16 - hormat sesama manusia

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.