AGENSI

Unisel-Pusat Pembangunan Modal Insan Perak kerjasama martabat kemahiran industri pelajar

6 Apr 2023, 9:30 AM
Unisel-Pusat Pembangunan Modal Insan Perak kerjasama martabat kemahiran industri pelajar
Unisel-Pusat Pembangunan Modal Insan Perak kerjasama martabat kemahiran industri pelajar

SHAH ALAM, 6 APRIL: Universiti Selangor (Unisel) melalui Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) menjalin kerjasama dengan Pusat Pembangunan Modal Insan Perak (PHCDC) bagi memartabat kemahiran industri pelajar.

Presiden dan Naib Canselornya Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata usahasama meliputi aspek praktikum pelajar dan peluang penyerapan pekerjaaan.

“Kerjasama ini memberi dampak terhadap kefahaman industri khususnya buat pensyarah dan pelajar FCVAV serta kakitangan Pusat Teknologi Maklumat.

“Saya yakin ia dapat memberi banyak manfaat terhadap kedua-dua pihak, lebih-lebih lagi dalam pelbagai program profesional kendalian PHCDC antaranya Analisis Data Raya dan Pembelajaran Mesin,” katanya.

[caption id="attachment_575602" align="aligncenter" width="710"] Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama memartabatkan kemahiran industri pelajar di Unisel kampus Bestari Jaya pada 5 April 2023. Foto Facebook Unisel[/caption]

Terdahulu, MoU ditandangani Mohammad Redzuan manakala PHCDC diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya S Thillainathan di Unisel kampus Bestari Jaya, semalam.

Sementara itu, pengarah komunikasi korporat PHCDC menyifatkan kerjasama terbabit sebagai usaha mengembangkan nilai insaniah pelajar.

“Selain itu melebar peluang kerjaya graduan dengan menyediakan program latihan kemahiran berkhususkan teknologi,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.