ad
AGENSI

Mais, LZNK kongsi kaedah urus kebajikan, pembangunan asnaf mualaf 

6 Apr 2023, 6:53 AM
Mais, LZNK kongsi kaedah urus kebajikan, pembangunan asnaf mualaf 
Mais, LZNK kongsi kaedah urus kebajikan, pembangunan asnaf mualaf 

SHAH ALAM, 6 APRIL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menerima kunjungan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di sini, semalam.

Agensi itu memaklumkan pertemuan untuk berkongsi maklumat berkaitan kaedah pengurusan bantuan kebajikan, perlindungan dan pembangunan asnaf mualaf.

“Ia termasuk pengurusan guru pembimbing asnaf mualaf.  Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik antara Mais dan LZNK terutama dalam pengurusan mualaf di negeri masing-masing,” katanya di Facebook hari ini.

Pertemuan tersebut disertai lima pegawai LZNK diketuai Ketua Divisyen Pembangunan Mualaf dan Dakwah Sosialnya Ustaz Mohd Idris Mohd Yussoff manakala Mais diketuai Pengarah Pembangunan Sosial Mais MAIS Ustaz Suhaimi Ismail.

[caption id="attachment_575576" align="aligncenter" width="669"] Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menerima kunjungan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bertujuan berkongsi maklumat berkaitan kaedah pengurusan bantuan kebajikan, perlindungan dan pembangunan asnaf mualaf pada 5 April 2023. Foto Facebook Majlis Agama Islam Selangor[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.