AGENSI

Selangor Fruit Valley tawar pakej lawatan, berbuka puasa sepanjang Ramadan

1 Apr 2023, 6:00 AM
Selangor Fruit Valley tawar pakej lawatan, berbuka puasa sepanjang Ramadan
Selangor Fruit Valley tawar pakej lawatan, berbuka puasa sepanjang Ramadan

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 1 APRIL: Selangor Fruit Valley (SFV) menawarkan pakej lawatan dan berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Penolong Pengurusnya Norfaizul Hamzah berkata pakej ditawarkan berharga RM55 untuk dewasa dan kanak-kanak (RM40).

"Melalui pakej ini pengunjung akan dibawa melawat sekitar SFV sebelum dibawa ke pavilion untuk berbuka puasa.

"Pengunjung akan dihidangkan 12 jenis lauk, pencuci mulut dan pelbagai buah-buahan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Norfaizul, pakej lawatan dan berbuka puasa bermula 4 petang setiap hari kecuali Jumaat (tutup).

Ujarnya pengunjung yang berminat untuk membeli pakej ini perlu membuat tempahan dengan menghubungi talian 019-320 0159 (Faizul) atau 016-281 6884 (Shida).

"Kami juga mengalu-alukan individu yang ingin membeli pakej ini bagi menaja lawatan dan berbuka puasa untuk anak-anak yatim," tambahnya.

Terletak di Bestari Jaya, SFV dibuka mulai 9 pagi hingga 2.30 petang pada setiap Sabtu hingga Khamis sepanjang Ramadan.

Bermula Oktober tahun lalu harga tiket bagi pelancong domestik ialah RM15 (kanak-kanak dan warga emas) serta RM20 (dewasa).

Manakala kategori sama untuk pelancong antarabangsa pula RM30 dan RM40.