AGENDA

Insentif khas RM200 untuk penjawat awam persekutuan di Selangor

31 Mac 2023, 11:21 AM
Insentif khas RM200 untuk penjawat awam persekutuan di Selangor
Insentif khas RM200 untuk penjawat awam persekutuan di Selangor

Oleh Zareef Muzammil dan Norasyidah Arshad

SHAH ALAM, 31 MAC: Buat julung kalinya, Kerajaan Selangor memperkenalkan insentif khas Aidifitri kepada kakitangan kerajaan persekutuan bertugas di negeri ini yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penjawat awam luar pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri akan menerima bantuan sekali bayar berjumlah RM200.

“Kategori baharu (insentif) adalah kepada penjawat awam kerajaan persekutuan yang berkhidmat di Selangor dengan gaji pokok RM3,000 ke bawah.

“(Insentif ini) akan diberikan kepada kumpulan sasar yang berkhidmat pada 2023 dengan kriteria tertentu.

“Ia termasuk polis, tentera, guru dan jururawat yang kerja di Selangor. Ini julung kali dibuat di Selangor,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu sempena Rapat Rahmah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini, hari ini.

Amirudin turut memaklumkan kakitangan anak syarikat Kerajaan Negeri bukan berorientasikan keuntungan akan menerima elaun raya RM1,000.

“Seperti Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah), Wanita Berdaya Selangor (WBS), mereka akan diberikan elaun dibiayai syarikat induk masing-masing,” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.