AGENDA

Bilal warga emas temui ajal sebelum sempat laung azan Subuh

30 Mac 2023, 2:20 AM
Bilal warga emas temui ajal sebelum sempat laung azan Subuh

SHAH ALAM, 30 MAC: Seorang bilal meninggal dunia sebelum sempat melaung azan Subuh dalam kejadian di sebuah surau di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil Isnin lalu.

Ketua kampung berkata Izar Hamid, 70-an, ditemukan tidak sedarkan diri di tangga surau dipercayai akibat serangan jantung pada jam 7 pagi, lapor Harian Metro.

Menurut Muslimin Manaf, arwah yang tinggal bersendirian di rumah sewa berdekatan surau itu sering melaungkan azan setiap lima waktu solat jika tidak mempunyai urusan di luar.

Katanya lagi, seminggu lalu beliau mendaftarkan arwah sebagai asnaf di Pusat Zakat Selangor (PPZ) bagi membiayai sewa bulanan rumah yang didiami.

"Saya juga rapat dengan arwah kerana sering minum bersama di kedai kopi dan selepas ini penduduk pasti akan merindui kemerduan suara azannya.

"Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.