ad
AGENSI

Yide lantik 45 ketua sahabat prihatin, permudah urusan salur bantuan

25 Mac 2023, 8:31 AM
Yide lantik 45 ketua sahabat prihatin, permudah urusan salur bantuan

KLANG, 25 MAC: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) melantik 45 Ketua Sahabat Prihatin Yide (K-SPY) bagi mempermudah urusan bantuan dan khidmatnya kepada penduduk sekitar.

Pengerusinya Tan Sri Mazlan Mansor berkata K-SPY adalah wakil yayasan itu di setiap zon bukan hanya untuk bantuan anak yatim tetapi bencana dan sebagainya.

“Hari ini seramai lapan K-SPY di daerah Klang menerima sijil penghargaan sebagai penghargaan atas komitmen dalam membantu mengedarkan Kupon Infaq Yatim Yide sempena Ramadan,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri Yide kepada anak yatim di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang di sini hari ini.

Terdahulu, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli menyerahkan sumbangan tersebut kepada anak yatim sekitar Klang.

Seramai 1,787 anak yatim di daerah berkenaan menerima sumbangan Aidilfitri berjumlah RM268,050 tahun ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.