AGENSI

Infrasel baik pulih saliran air di Sungai Buloh, terima aduan di media sosial

25 Mac 2023, 2:05 AM
Infrasel baik pulih saliran air di Sungai Buloh, terima aduan di media sosial
Infrasel baik pulih saliran air di Sungai Buloh, terima aduan di media sosial
Infrasel baik pulih saliran air di Sungai Buloh, terima aduan di media sosial

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 25 MAC: Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menjalankan kerja membaik pulih saliran air dan kerja berkaitan di Jalan Persimpangan Jalan Welfare dan Industri 9, Sungai Buloh di sini.

Syarikat penyelenggara jalan negeri itu menjalankan kerja baik pulih di dalam daerah Petaling selepas menerima aduan di Twitter, @infrasel_kjp Selasa lalu.

“Teruskan membuat aduan dengan memuat naik ciapan menggunakan #infrasel #namajalan #daerah berlakunya kerosakan jalan,” kata agensi itu di Twitter.

[caption id="attachment_573385" align="aligncenter" width="755"] Petugas Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menjalankan kerja baik pulih saliran air dan kerja berkaitan di Jalan Persimpangan Jalan Welfare dan Industri 9, Sungai Buloh pada 21 Mac 2023. Foto Twitter Infrasel[/caption]

Pada 16 Januari, Dato’ Menteri Besar mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi projek penurapan jalan melibatkan penyelenggaraan serta pelebaran jalan di bawah kelolaan negeri.

Dato’ Seri Amirudin Shari menggalakkan orang ramai melaporkan kejadian jalan rosak di komuniti mereka menerusi Twitter.

Beliau memaklumkan proses pelaporan kerosakan jalan di Selangor dipermudahkan dengan aduan di platform berkenaan sebelum ditapis dan disemak secara automatik.

[caption id="attachment_573386" align="aligncenter" width="716"] Petugas Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menjalankan kerja baik pulih saliran air dan kerja berkaitan di Jalan Persimpangan Jalan Welfare dan Industri 9, Sungai Buloh pada 21 Mac 2023. Foto Twitter Infrasel[/caption]

Sebelum ini, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim memaklumkan kerja penurapan jalan besar-besaran di seluruh negeri akan dilaksanakan mulai Mac ini demi keselesaan pengguna.