AGENDA

KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih

23 Mac 2023, 5:23 AM
KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih

PUTRAJAYA, 23 MAC: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpas kegiatan penyelewengan minyak diesel berusidi sebanyak 5,000 liter dalam serbuan di sebuah premis di Semenyih, Selangor, pada Selasa lepas.

Ketua Pengarah KPDN Datuk Azman Adam berkata serbuan pada kira-kira 9.30 malam menerusi Ops Tiris itu, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel, turut dirampas.

"Minyak diesel, pam bermotor, paip penyambung, beberapa dokumen berkaitan serta peralatan lain ditemukan di lokasi serbuan dan disita membabitkan nilai keseluruhan rampasan RM13,250," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kertas siasatan dibuka di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat terlibat dalam aktiviti tersebut, serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut termasuk sumber minyak diesel ini diperoleh dan diedarkan.

Sementara itu, katanya sepanjang pelaksanaan Ops Tiris bermula 1 Mac sehingga 21 Mac di seluruh negara, sebanyak 2,582 pemeriksaan dilakukan dengan 69 kes dihasilkan membabitkan keseluruhan nilai rampasan RM1.27 juta.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.