ad
AGENDA

Sultan titah muhasabah diri, jauhi fitnah sepanjang Ramadan

23 Mac 2023, 2:19 AM
Sultan titah muhasabah diri, jauhi fitnah sepanjang Ramadan

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 23 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menasihatkan umat Islam supaya menjauhkan diri daripada perbuatan tercela seperti mengadu domba dan menyebar fitnah di bulan Ramadan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah umat Islam juga dinasihat menjadikan bulan mulia ini sebagai medan menginsafi dan bermuhasabah diri.

"Titah Baginda lagi, Ramadan adalah bulan terbaik untuk melipatgandakan amalan-amalan berpahala serta melakukan amal kebajikan.

"Baginda turut menasihatkan muslimin dan muslimat supaya terus mengimarahkan masjid dan surau termasuk menunaikan ibadah solat sunat tarawih secara berjemaah sepanjang bulan puasa ini," menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook.

Sehubungan itu, Baginda dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin mengucapkan selamat menyambut Ramadan 1444 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Selangor khususnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.