AGENDA

Mangsa banjir di Batu Pahat berkurangan kepada 1,086 orang malam ini

22 Mac 2023, 2:07 PM
Mangsa banjir di Batu Pahat berkurangan kepada 1,086 orang malam ini

JOHOR BAHRU, 22 MAC: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 1,086 orang setakat 8 malam ini, berbanding 1,813 orang yang direkodkan pada 4 petang tadi susulan penutupan tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan, antara PPS yang ditutup ialah Sekolah Agama (SA) Seri Binjai, SA Seri Medan, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Manggis dan SK Sri Bandan.

Menurut JPBN, dengan penutupan PPS tersebut kini hanya tinggal 10 PPS yang menempatkan 299 keluarga masih beroperasi.

JPBN turut memaklumkan malam ini bahawa tiada sungai yang direkodkan berada pada paras bahaya.

Cuaca di tujuh daerah pada malam ini dilaporkan cerah kecuali Muar, Kluang dan Batu Pahat yang dijangka mendung.

- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.