ad
AGENSI

Mais, anak syarikat sumbang lebih RM140,000 bantu mangsa bah Johor

20 Mac 2023, 3:28 AM
Mais, anak syarikat sumbang lebih RM140,000 bantu mangsa bah Johor
Mais, anak syarikat sumbang lebih RM140,000 bantu mangsa bah Johor

SHAH ALAM, 20 MAC: Majlis Agama Islam Selangor (Mais), agensi, anak syarikatnya dan Jabatan Hal Ehwal Selangor (JHEIS) menyumbang sejumlah RM141,359 bagi membantu mangsa banjir di Johor.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata bantuan itu tanda solidariti antara Majlis Agama Islam Negeri bagi meringankan beban mangsa yang terkesan akibat bencana tersebut.

Jelasnya, Mais dan Yayasan Islam Darul Ehsan masing-masing menyumbang RM50,000, Perbadanan Wakaf Selangor (RM5,000), JHEIS (RM35,359) dan baki daripada Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

[caption id="attachment_572652" align="aligncenter" width="794"] Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (dua, kanan) melepaskan konvoi peserta Program Bantuan Pascabanjir di Johor di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 20 Mac 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Daripada jumlah sumbangan itu, sebanyak RM91,359 diserahkan kepada Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) dalam bentuk tunai dan selebihnya dalam bentuk 500 kotak makanan asas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pelepasan konvoi kumpulan Mais bersama agensi dan anak syarikatnya ke Johor di Bangunan Sultan Idris Shah di sini hari ini.

Konvoi berkenaan diketuai Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar dan disertai 29 kakitangan untuk menyerahkan bantuan terus kepada MAINJ di Pejabat Daerah Batu Pahat.

Pada 8 Januari, Mais, agensi dan anak syarikatnya turut menyumbangkan sejumlah RM200,000 bagi membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.