ad
AGENDA

Lorong kiri terowong Meru arah selatan ditutup dari 20 Mac hingga 14 April

18 Mac 2023, 8:46 AM
Lorong kiri terowong Meru arah selatan ditutup dari 20 Mac hingga 14 April

IPOH, 18 MAC: Lorong kiri terowong Meru di Kilometer (KM) 260.30 hingga KM262.05, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan akan ditutup bermula Isnin ini sehingga 14 April depan bagi kerja penurapan jalan.

Plus dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu bagi membolehkan kerja fasa kedua penambahbaikan turapan jalan dapat dilaksanakan secara berperingkat antara 9 malam hingga 12 tengah hari, sepanjang tempoh tersebut.

Menurut Plus laluan kontra akan dibuka secara berkala sekiranya perlu, bergantung keperluan semasa bagi melancarkan pergerakan trafik di laluan terbabit.

Justeru pengguna yang menghala ke selatan Ipoh-Kuala Lumpur dinasihat merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi Plus untuk mendapatkan maklumat trafik terkini.

“Pengguna juga dinasihatkan mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan Plus dari masa ke masa ketika melalui kawasan terbabit," menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.