AGENDA

Sidang niaga disusun lebih menarik, sasar banyak penyertaan negara luar

16 Mac 2023, 4:31 AM
Sidang niaga disusun lebih menarik, sasar banyak penyertaan negara luar

SHAH ALAM, 16 MAC: Penganjuran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) tahun ini disusun semula dan ditambah baik supaya lebih relevan seiring perkembangan semasa.

EXCO pelaburan menjelaskan acara tahunan itu menyasar lebih banyak penyertaan negara luar, selain menjemput penceramah ekonomi terkenal dunia dan tetamu kehormat dari rantau Asia Tenggara.

Dato' Teng Chang Khim berkata tumpuan juga diberikan kepada pempaper terutama Ekspo Antarabangsa Selangor (makanan dan minuman) yang bersedia untuk bersaing dalam pasaran luar.

“Usaha promosi dan penjenamaan SIBS 2023 di dalam dan luar negara ditingkatkan menerusi lawatan, penerbitan dan iklan agar mendapat sambutan, penyertaan dan kejayaan lebih besar,” katanya hari ini.

Menjawab soalan wakil rakyat Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin pada sidang Dewan Negeri Selangor, beliau berkata SIBS akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 19 hingga 22 Oktober.

Sidang bagi pemain industri mengembangkan perusahaan dan memperkenal Selangor sebagai gerbang pelaburan antarabangsa merekodkan nilai transaksi perolehan RM1.45 billion tahun lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.