ad
AGENDA

PM umum perkhidmatan percuma MRT laluan Putrajaya hingga 31 Mac

16 Mac 2023, 3:05 AM
PM umum perkhidmatan percuma MRT laluan Putrajaya hingga 31 Mac

SHAH ALAM, 16 MAC: Perkhidmatan transit aliran massa (MRT) laluan Putrajaya boleh digunakan secara percuma bermula hari ini sehingga 31 Mac, umum perdana menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkhidmatan dari stesen MRT Kwasa Damansara hingga Putrajaya Sentral ditawarkan sempena pembukaan rasminya jam 3 petang ini, lapor Berita Harian.

Beliau ditemui selepas melancarkan perkhidmatan tersebut, yang turut disertai Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Perkhidmatan MRT2 laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer adalah projek kedua MRT Lembah Klang, yang menelan belanja RM30.53 bilion.

Laluan berkenaan mempunyai 36 stesen meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Jalan Tun Razak, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya dan Putrajaya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.