ad
AGENDA

Lima tanah individu jadi tempat buangan sampah haram terima Notis 7A

15 Mac 2023, 6:31 AM
Lima tanah individu jadi tempat buangan sampah haram terima Notis 7A

SHAH ALAM, 15 MAC: Lima daripada 13 lokasi sekitar Hulu Langat yang dikenal pasti menjalankan aktiviti pembuangan sampah haram tahun lalu diberikan Notis 7A (pelanggaran syarat).

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan kesemua lokasi itu melibatkan tanah milik individu, berdasarkan rekod Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat.

Beliau berkata lokasi terlibat ialah Black Water Bandar Mahkota Cheras, PT42293 mukim Semenyih, tanah lot Kampung Sungai Tekali, Lot 2122 Taman Pinggiran Delima serta dua lot di Taman Pusara.

"Semua lokasi yang dijadikan tempat pembuangan sampah haram ini telah dikeluarkan notis 7A. Ia mengambil sedikit masa sebelum kita keluarkan notis 8A untuk perampasan tanah," katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Dusun Tua Edry Faizal Eddy Yusof berhubung jumlah tanah yang menjalankan pembuangan sampah haram di Hulu Langat pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Amirudin menambah pihaknya kini mengenal pasti tiga lagi lokasi untuk dikeluarkan notis 7A iaitu Felcra Semungkis Batu 14, Kampung Simpang Balak dan Jalan Kuari Sungai Long.

"Operasi telah dilaksanakan termasuk mengenal pasti pemiliknya dan papan tanda amaran pencerobohan tanah kerajaan dipasang," kata wakil rakyat Sungai Tua.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.