AGENDA

Pelakon mengaku tidak salah tumbuk isteri hingga lebam

13 Mac 2023, 3:44 AM
Pelakon mengaku tidak salah tumbuk isteri hingga lebam

SHAH ALAM, 13 Mac - Pelakon Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menumbuk isterinya di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac.

Pengakuan pemilik nama sebenar Muhammad Hafidz Roshdi, 29, dibuat hari ini selepas pertuduhan dibaca depan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai majistret, lapor Berita Harian.

Hafidz didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali mengakibatkan mangsa luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Perbuatan berkenaan didakwa berlaku berhampiran susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pukul 3.30 pagi pada 2 Mac.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.