ad
AGENDA

MB rasmi Tugu Peringatan Tunku Abdul Rahman

10 Mac 2023, 10:54 AM
MB rasmi Tugu Peringatan Tunku Abdul Rahman

OLEH SHAMZ JOHAN

SUBANG JAYA, 10 MAC: Dato’ Menteri Besar hari ini merasmikan Tugu Peringatan Tunku Abdul Rahman yang terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, di sini.

Pada majlis ringkas itu, Dato' Seri Amirudin Shari diberi penerangan mengenai proses baik pulih tugu yang siap sepenuhnya pada 2019 itu oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku Lim Yi Wei.

Selepas melawat tugu berkenaan, Dato’ Menteri Besar kemudian ke Masjid Kampung Tunku bagi menunaikan solat Jumaat bersama penduduk setempat.

Beliau juga sempat bertemu ketua-ketua komuniti bagi mendengar aduan selain meninjau kemudahan masjid tersebut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.