AGENSI

Rancangan temu bual CEO, usaha Hijrah cetus inspirasi buat usahawan

9 Mac 2023, 1:10 AM
Rancangan temu bual CEO, usaha Hijrah cetus inspirasi buat usahawan

SHAH ALAM, 9 MAC: Yayasan Hijrah Selangor menerbitkan sebuah segmen Bual Bicara CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dalam usaha memberi inspirasi kepada usahawannya.

Pengurus Kanan Korporatnya Azrul Aziz berkata rancangan temu bual CEO atau ketua jabatan itu bertujuan berkongsi maklumat dan peluang disediakan agensi tertentu untuk kemudahan mereka serta tidak hanya bergantung kepada Hijrah.

"Hari ini (semalam) merupakan siri pertama rancangan Bual Bicara CEO dan kita memilih Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad.

"Daripada situ, kita mendapat maklumat PPAS menyediakan pelbagai kemudahan seperti petak berniaga di perpustakaan dan pinjaman komputer riba," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata pihaknya akan meneruskan siri seterusnya dengan sasaran enam atau tujuh CEO dengan perspektif berbeza mengikut agensi.

"Saya harap objektif kita sampai dan usahawan juga dapat inspirasi menerusi segmen ini. Rancangan bakal disiarkan di media sosial Hijrah dan tarikh akan dimaklum kelak," tambahnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.