AGENSI

Jualan murah dua kali seminggu di DUN Sungai Tua sepanjang Mac

7 Mac 2023, 12:00 AM
Jualan murah dua kali seminggu di DUN Sungai Tua sepanjang Mac
Jualan murah dua kali seminggu di DUN Sungai Tua sepanjang Mac

OLEH AZIAN AZIZ

GOMBAK, 7 MAC: Program jualan barangan asas murah anjuran Kerajaan Negeri diadakan dua kali seminggu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua sepanjang bulan ini.

Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat DUN itu B Shanmugam berkata usaha tersebut membolehkan lebih ramai penduduk membeli pelbagai keperluan pada harga murah.

"Minggu ini sahaja kita buat tiga kali Jelajah Ehsan Rakyat (JER) mulai semalam. PKM juga sedang menyusun program untuk Ramadan," katanya ditemui di padang awam Batu Caves semalam.

[caption id="attachment_570298" align="aligncenter" width="701"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas dengan harga lebih murah berbanding pasaran dalam Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves pada 6 Mac 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, Penolong Pengurus Selangor Fruit Valley Norfaizul Hamzah memaklumkan lebih 400 pembeli menyertai jualan tersebut dengan beberapa barangan seperti ayam dan telur habis dijual.

"Orang ramai menunggu sebelum pukul 8 pagi. Kita buka jualan pada 9.50 pagi selepas kerja membungkus ayam dan telur siap. Jualan selesai 12.30 tengah hari," katanya.

Jualan itu menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Orang ramai boleh melayari pautan Facebook Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.