AGENDA

PM: Projek tebatan RM600 juta atasi banjir di Johor bermula Jun

5 Mac 2023, 6:04 AM
PM: Projek tebatan RM600 juta atasi banjir di Johor bermula Jun
PM: Projek tebatan RM600 juta atasi banjir di Johor bermula Jun

SEGAMAT, 5 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa projek rancangan tebatan banjir (RTB) terutamanya di Johor, akan disegerakan operasinya bermula Jun ini.

Beliau berkata proses tender projek tebatan banjir berkenaan harus disegerakan dan perlu beroperasi segera, memandangkan isu banjir di Johor terutamanya, merupakan sesuatu isu yang berulang.

“Isu ini (banjir) kalau tidak dilakukan apa-apa yang serius, ia akan berulang. Isu banjir ini bukan kali pertama, tetapi sudah bertahun-tahun. Kadang-kadang, setahun dua kali.

“Oleh itu, kita putuskan projek yang mahal RM600 juta atau lebih tebatan banjir akan disegerakan. Nanti kita lulus dan disegerakan,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Tengah, di sini hari ini.

[caption id="attachment_569982" align="aligncenter" width="781"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni salah seorang mangsa banjir ketika turun padang meninjau situasi banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gemereh hari ini. Foto BERNAMA[/caption]

Beliau berkata enam projek tebatan banjir yang sebelum itu ditangguhkan sebentar, kerana beliau tidak mahu peruntukan untuk bantu rakyat terdapat ketirisan atau kecurian, meskipun proses tender itu disegerakan. -BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.