AGENDA

Amaran hujan berterusan tahap buruk di Pahang, Johor sehingga Sabtu

2 Mac 2023, 6:46 AM
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Pahang, Johor sehingga Sabtu

KUALA LUMPUR, 2 MAC: Beberapa kawasan di Pahang dan Johor dijangka dilanda hujan lebat berterusan tahap buruk sehingga Sabtu ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikemas kini pada 11.55 pagi tadi memaklumkan keadaan cuaca sedemikian di Pahang dijangka melibatkan daerah Pekan dan Rompin; manakala Johor di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku sehingga tarikh yang sama di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

Terengganu melibatkan daerah Kemaman; Pahang (Maran, Kuantan dan Bera); manakala Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian).

Sarawak pula melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.