AGENDA

Wanita teruja miliki Rumah Selangorku, permohonan dilulus kurang tiga minggu

25 Feb 2023, 7:11 AM
Wanita teruja miliki Rumah Selangorku, permohonan dilulus kurang tiga minggu
Wanita teruja miliki Rumah Selangorku, permohonan dilulus kurang tiga minggu
Wanita teruja miliki Rumah Selangorku, permohonan dilulus kurang tiga minggu

GOMBAK, 25 FEB: Seorang pekerja swasta melahirkan rasa terkejut dan teruja dengan peluang memiliki Rumah Selangorku selepas permohonan diluluskan tidak sampai tiga minggu.

Lim Shaik Hoon, 34, berkata beliau membuat permohonan rasmi untuk mendapatkan kediaman mampu milik itu selepas dimaklumkan rakannya berhubung pembangunan kediaman berkenaan.

[caption id="attachment_568509" align="alignright" width="351"] Lim Shaik Hoon. Foto SOFIA NASIR/SELANGORKINI[/caption]

“Saya rasa harga rumah ini sangat berbaloi. Pada harga RM220,000 dapat memiliki rumah dilengkapi kipas, air panas, penghawa dingin, kabinet dapur serta dua lot parkir kereta.

“Lokasinya juga strategik dan menarik iaitu di Selayang dan berhampiran dengan banyak kemudahan,” katanya kepada Selangorkini.

Sementara itu, juruteknik di syarikat teknologi maklumat sanggup mengenepikan keinginannya membeli kereta demi memiliki kediaman Rumah Selangorku.

Tanaseelan Naidu Tanabar Naidu, 29, berkata beliau mengikut nasihat ibunya supaya mempunyai rumah sendiri pada usia muda.

[caption id="attachment_568511" align="alignleft" width="351"] Tanaseelan Naidu Tanabar Naidu. Foto SOFIA NASIR/SELANGORKINI[/caption]

“Ibu nasihatkan jangan buat pinjaman untuk beli kereta dahulu. Jadi saya turuti kerana ada kebenarannya kata-kata itu.

“Kebetulan rumah dimiliki ini hanya lima minit perjalanan dari rumah ibu. Saya gembira tidak jauh daripada beliau,” katanya.

Terdahulu Shaik Hoon dan Tanaseelan Naidu menerima surat tawaran Rumah Selangorku Pangsapuri Aman Siara daripada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena program Jelajah #KitaSelangor Penyayang di tapak bazar Ramadan Taman Melawati di sini hari ini.