ad
AGENDA

Tengku Permaisuri berkenan rasmi Larian Songket Antarabangsa anjuran MSU

25 Feb 2023, 2:59 AM
Tengku Permaisuri berkenan rasmi Larian Songket Antarabangsa anjuran MSU

SHAH ALAM, 25 FEB: Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan acara Larian Songket Antarabangsa 3.0 di Management and Science University (MSU) di sini hari ini.

Turut hadir ke acara tersebut Presiden MSU Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid dan Naib Canselor MSU Prof Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid.

Mohd Syukri berkata larian edisi ketiga itu diadakan semula selepas terhenti selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata kira-kira 5,000 peserta menyertai larian sejauh lima kilometer itu yang turut dimeriahkan dengan peserta mengenakan pakaian songket.

"Edisi pertama International Songket Run dianjurkan pada 2018 manakala edisi kedua pada 2019 mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) melalui rekod Penyertaaan Teramai Acara Larian Songket sebanyak dua kali berturut-turut," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.