ad
PBT

Lori buang sampah haram di Kuala Kubu Bharu disita

23 Feb 2023, 8:13 AM
Lori buang sampah haram di Kuala Kubu Bharu disita

SHAH ALAM, 23 FEB: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menyita sebuah lori yang membuang sampah haram di Jalan Kuala Kubu Bharu-Rasa Ladang Ulu Selangor.

Menerusi Facebook, MPHS memaklumkan tindakan ke atas lori Isuzu itu dijalankan sepasukan anggota Jabatan Penguatkuasa semalam.

“Tindakan dibuat mengikut Undang-Undang Kecil 4, Undang-undang Kecil Pemugutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap MDHS 2007,” katanya.

MPHS turut meminta orang ramai menyalur maklumat jika ada bukti atau mengesan individu dan syarikat yang membuang sampah haram di daerah terbabit.

“MPHS juga menawarkan ganjaran kepada pengadu sehingga tertangkapnya mereka yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.