AGENDA

Tiga termasuk seorang kanak-kanak ditemui masih hidup selepas 296 jam gempa

18 Feb 2023, 10:37 AM
Tiga termasuk seorang kanak-kanak ditemui masih hidup selepas 296 jam gempa

ISTANBUL, 18 FEB: Pasukan penyelamat di Turkiye menemukan tiga mangsa, termasuk seorang kanak-kanak masih hidup di bawah runtuhan pangsapuri selepas 296 jam gempa bumi kuat melanda negara itu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Rakaman oleh penyiar tempatan TRT memaparkan pasukan penyelamat mengusung seorang lelaki dan seorang wanita.

Sementara itu, pasukan perubatan dilihat sedang merawat seorang kanak-kanak.

Tiada maklumat lanjut mengenai mangsa berkenaan, dan laporan mengenai operasi menyelamat di daerah Antakya wilayah Hatay itu belum dapat disahkan.

Lebih 40,000 anggota penyelamat tempatan dan asing meneruskan usaha mencari dan menyelamat di seluruh tenggara Turkiye, menurut pihak berkuasa bencana AFAD pada Jumaat.

Jumlah mangsa yang terbunuh akibat gempa bumi 6 Februari lalu meningkat kepada 39,672 orang pada Jumaat.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.