ad
AGENSI

Program universiti perlu ada nilai tambah, persiap pelajar sebelum kerja

15 Feb 2023, 4:02 AM
Program universiti perlu ada nilai tambah, persiap pelajar sebelum kerja
Program universiti perlu ada nilai tambah, persiap pelajar sebelum kerja

KAJANG, 15 FEB: Sebarang program atau aktiviti anjuran universiti perlu mempunyai pengisian yang memberi nilai tambah kepada pelajarnya, saran pegawai kewangan negeri.

Menurut Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, usaha itu penting sebagai persiapan untuk mahasiswa menempuh kehidupan selepas tamat belajar terutama ketika mencari kerja.

[caption id="attachment_566568" align="alignleft" width="369"] Pegawai Kewangan Negeri Selangor Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berucap ketika majlis penutup Karnival Keusahawanan Kerjaya dan simbolik ulang tahun UIS ke-28 di Pusat Konvensyen Universiti Islam Selangor, Bangi pada 14 Februari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Sekarang ini majikan mahu melihat sejauh mana kebolehan seseorang pekerja itu boleh selesaikan masalah, kemahiran survival apabila berhadapan cabaran, pemikiran kreatif dan banyak lagi.

Bukan hanya tertumpu kepada keputusan cemerlang sahaja," katanya berucap pada malam perasmian penutup Karnival Keusahawanan dan Kerjaya di Universiti Islam Selangor (UIS) malam tadi.

Dr Ahmad Fadzli yang juga ahli lembaga pengarah UIS turut memuji penganjuran karnival berkenaan yang memiliki pelbagai pengisian untuk meningkatkan kualiti pelajar.

Sementara itu, Rektor UIS Prof Madya Dato' Dr Mohd Farid Ravi Abdullah menggalakkan mahasiswa tahun akhir untuk menyertai program berkenaan bagi mendapatkan pelbagai maklumat.

"Kita galakkan mahasiswa dan mahasiswi tahun akhir untuk menyertai program ini sebagai nilai tambah yang boleh digunakan untuk ke alam pekerjaan nanti," katanya.

Karnival keusahawanan dan kerjaya UIS yang berkakhir hari ini turut meliputi bual bicara, pameran kerjaya, forum, bengkel pemilihan model perniagaan dan program kebolehpasaran bakat syarikat.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.