ad
AGENSI

Hampir 4,000 warga emas DUN Rawang terima baucar beli-belah RM150

14 Feb 2023, 9:04 AM
Hampir 4,000 warga emas DUN Rawang terima baucar beli-belah RM150
Hampir 4,000 warga emas DUN Rawang terima baucar beli-belah RM150
Hampir 4,000 warga emas DUN Rawang terima baucar beli-belah RM150

Oleh DIANA ABD WAHAB

RAWANG, 14 FEB: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang menyerahkan hampir 4,000 baucar Jom Shopping kepada peserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE) setakat hari ini.

Pembantu khas Ahli Dewan Negeri Rawang berkata peserta yang belum menuntut baucar beli-belah bernilai RM150 disaran segera hadir ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN berkenaan untuk mendapatkannya.

“Jika ada warga emas yang mencapai usia 60 tahun pada tahun ini dan belum mendaftar SMUE boleh menyemak pusat mengundi.

“Kalau mengundi di kawasan lain, penerima perlu pergi ke pusat khidmat berkaitan untuk mendaftar bagi mendapatkan baucar Jom Shopping,’’ kata Ainul Aizura Ahsan.

Beliau ditemui pada program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Rawang di pekarangan Masjid Cahaya Iman Bandar Country Homes di sini, hari ini.

[caption id="attachment_556990" align="aligncenter" width="738"] Ko Li Fa (duduk, kanan) menghantar borang pemohonan baucar Jom Shopping Tahun Baru Cina 2023 di Pusat Khidmat DUN Sentosa, Klang.pada 22 Disember 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

SMUE diperkenalkan lebih sedekad lalu bagi menghargai warga emas negeri ini dengan setiap ahli mendapat manfaat baucar hadiah hari jadi serta khairat kematian.

Mulai tahun ini nilai baucar SMUE ditambah kepada RM150 dan jumlah sama turut diberi kepada peserta Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) melibatkan peruntukan RM37.5 juta.

Had kelayakan pendapatan isi rumah penerima baucar Jom Shopping juga ditingkatkan daripada RM2,000 kepada RM3,000 sebulan.

Sebelum ini, peserta skim menerima baucar beli-belah RM100 di pasar raya terpilih pada bulan kelahiran mereka yang dibuat melalui pusat khidmat masyarat DUN masing-masing.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.