AGENSI

PPAS anjur Smart Solat sempena cuti sekolah, terhad kepada 100 kanak-kanak

13 Feb 2023, 3:40 AM
PPAS anjur Smart Solat sempena cuti sekolah, terhad kepada 100 kanak-kanak
PPAS anjur Smart Solat sempena cuti sekolah, terhad kepada 100 kanak-kanak

SHAH ALAM, 13 FEB: Kanak-kanak berpeluang mengikuti program Smart Solat anjuran Perbadanan Perpusatakaan Awam Selangor (PPAS) sempena musim cuti persekolahan.

Terhad kepada 100 peserta, program yang dijadual berlangsung pada 23 dan 24 Februari di Pustaka Raja Tun Uda terbuka kepada kanak-kanak berusia 10 hingga 15 tahun.

“Pembayaran terawal hanya RM100 seorang sebelum 17 Februari ini dan terhad kepada 100 peserta sahaja.

“Syarat penyertaan adalah terbuka kepada kanak-kanak yang berumur antara 10 hingga 15 tahun,” katanya menerusi Facebook.

Menurut PPAS peserta akan didedahkan mengenai pengenalan solat seperti bacaan pendek dalam solat, teori dan praktikal, qiamulail, lawatan perpustakaan, dan senaman berjalan kaki.

Katanya peserta juga akan menerima cenderahati, sijil, selain makanan dan minuman.

“Jika ada sebarang soalan boleh hubungi 0185784580,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.