ad
AGENDA

Status bekalan air pulih capai 75 peratus setakat 6 petang

12 Feb 2023, 12:14 PM

SHAH ALAM, 12 FEB: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas apabila Logi Rawatan Air (PRA) dihenti tugas akibat insiden pencemaran bau seakan diesel di muka sauk LRA Rantau Panjang semalam mencapai 75 peratus setakat 6 petang ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan Hulu Selangor kekal satu-satunya daerah pulih sepenuhnya diikuti Gombak 99 peratus dan Kuala Langat belum pulih.

Manakala Kuala Selangor kini mencapai 99 peratus, Klang dan Shah Alam (72 peratus) serta Petaling (62 peratus).

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor,” katanya menerusi Facebook.

Senarai kawasan yang belum pulih adalah seperti di lampiran berikut:

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.