AGENDA

Sembilan lokasi jualan murah esok, tawar barangan asas lebih murah

12 Feb 2023, 9:37 AM
Sembilan lokasi jualan murah esok, tawar barangan asas lebih murah

SHAH ALAM, 12 FEB: Jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke sembilan lokasi esok mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Lokasi Jelajah Ehsan Rakyat (JER) ialah di Masjid Jamiul Hasaniah, Sementa; Pangsapuri Anggerik, Teratai; Selayang Baru Jalan 45, Taman Templer dan Flat Tun Teja di Rawang.

Program turut diadakan di Apartmen Sandal Wood Tasik Puteri, Kuang; Kampung Ijok, Ijok; Masjid Al-Falah, Meru; Masjid Nurul Islam Parit 2, Sungai Burong dan Kedai Hj Aran Parit 5 1/2 Barat, Sabak.

Program berjalan serentak itu menawarkan barang keperluan asas iaitu ayam standard (RM10 seekor), daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Turut dijual pada harga murah ikan kembung atau selayang dengan RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Jualan murah yang diperkenalkan tahun lepas disambung kembali sejak 16 Januari lalu sehingga Mei depan sebagai inisiatif Kerajaan Negeri meringankan beban belanja penduduk.