ad
AGENDA

Jualan murah DUN Seri Serdang cipta kelainan, disertai peniaga kecil

12 Feb 2023, 7:55 AM
Jualan murah DUN Seri Serdang cipta kelainan, disertai peniaga kecil
Jualan murah DUN Seri Serdang cipta kelainan, disertai peniaga kecil
Jualan murah DUN Seri Serdang cipta kelainan, disertai peniaga kecil

PUCHONG, 12 FEB: Jelajah Ehsan Rakyat (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang di perkarangan Masjid Al Quddus di sini cipta kelainan apabila turut disertai peniaga kecil.

Pegawai Khas (Kebajikan) kepada wakil rakyatnya, Islahuddin Ismail berkata pihaknya mahu mencipta kelainan selain membuka peluang perniagaan kepada rakyat.

[caption id="attachment_565939" align="alignleft" width="500"] Islahuddin Ismail. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Tahun ini, untuk menggalakkan lebih ramai orang datang, kami telah menjemput beberapa peniaga kecil untuk membuka jualan di program JER.

“Kita mahu cipta kelainan dan memeriahkan suasana, di samping membantu rakyat menjana ekonomi,” katanya ketika ditemui Selangorkini hari ini.

Terdahulu, Islahuddin yang mewakili Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Serdang Dr Siti Mariah Mahmud, membantu menyelia kehadiran lebih 300 pengunjung ke jualan murah barangan asas itu.

Islahuddin berkata ini adalah program kelapan bagi jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di DUN berkenaan.

Menurutnya DUN Seri Serdang mensasarkan 20 program JER di kawasan tersebut sehingga Mac ini bagi membantu rakyat berbelanja dengan berhemah.

“Sepanjang tahun lalu kita hanya sempat anjurkan 16 sahaja program JER. Jadi, tahun ini kita mahu bawa lebih banyak jualan murah kepada rakyat,” katanya.

[caption id="attachment_565940" align="aligncenter" width="793"] Orang ramai membeli barangan asas di Jelajah Ehsan Rakyat DUN Seri Serdang di Masjid Al Quddus Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan pada 12 Februari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Program JER menawarkan jualan ayam standard (RM10 seekor), telur ayam gred B (RM10 sepapan), daging pejal segar (RM10 per pek), minyak masak 5kg (RM25), beras 5kg (RM10) dan ikan (RM6 per pek).

Jualan itu berjaya memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor melalui siri jelajah di sekitar 56 DUN sebelum ini, dan akan diteruskan hingga Mac depan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.