ad
AGENDA

Nahas van di Jalan Genting Highlands, mangsa maut meningkat lapan orang

10 Feb 2023, 3:38 PM
Nahas van di Jalan Genting Highlands, mangsa maut meningkat lapan orang

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Seorang lagi mangsa kemalangan sebuah van yang terbabas di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands dekat Bentong, Pahang, pada Rabu lepas meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah yang terkorban kini lapan orang.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mangsa kelapan itu dikenali sebagai Chew Chong Beh, 73, yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) meninggal dunia pada 1.46 tengah hari tadi.

Beliau berkata daripada enam lagi mangsa yang cedera, empat masih menerima rawatan di HKL, seorang di Hospital Temerloh dan seorang lagi telah dibenarkan keluar hospital.

“Sehingga 6 petang tadi, seramai lapan mangsa disahkan meninggal dunia dan polis Kontinjen Pahang mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat kemalangan berkenaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 1.15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

— BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.