AGENDA

Hussein Omar Khan dilantik Ketua Polis Selangor yang baharu berkuat kuasa 13 Mac

9 Feb 2023, 12:54 PM
Hussein Omar Khan dilantik Ketua Polis Selangor yang baharu berkuat kuasa 13 Mac

KUALA LUMPUR, 9 FEB: Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan dilantik Ketua Polis Selangor yang baharu.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin dalam kenyataan hari ini berkata Hussien dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 13 Mac depan dengan memangku pangkat sebagai Komisioner Polis (CP).

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Selangor selepas Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed bersara wajib 2 Januari lalu.

Arjunaidi telah berkhidmat selama 35 tahun dalam PDRM dan pernah bertugas di tujuh kontinjen polis iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur, Perak, Bukit Aman dan Selangor.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.