ad
AGENSI

Infrasel tambak, ratakan tempat parkir klinik kesihatan Bandar Baru Bangi  

6 Feb 2023, 4:40 AM
Infrasel tambak, ratakan tempat parkir klinik kesihatan Bandar Baru Bangi  
Infrasel tambak, ratakan tempat parkir klinik kesihatan Bandar Baru Bangi  

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 6 FEB: Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menambak dan meratakan semula tempat parkir awam di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pada 31 Januari lalu.

Inisiatif syarikat penyelenggara jalan negeri itu bertujuan menyediakan parkir kenderaan bagi kemudahan orang ramai yang berkunjung ke klinik kesihatan di situ.

“Infrasel telah menambak serta meratakan semula tempat parkir awam di lokasi terbabit dengan menggunakan 'crushed aggregate'.

“Kerja-kerja tersebut telah dibantu oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Langat dengan menyediakan jentera (JCB) serta dibantu oleh kakitangan JKR seramai 11 orang,” maklumnya menerusi Twitter.

Agensi itu memaklumkan orang ramai boleh membuat aduan dengan memuat naik ciapan menerusi platform media sosial terbabit menggunakan #infrasel #namajalan #daerah berlakunya kerosakan jalan.

[caption id="attachment_564703" align="aligncenter" width="500"] Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) menambak dan meratakan semula tempat parkir awam di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pada 31 Januari 2023. Foto Twitter Infrasel[/caption]

Pada 16 Januari, Dato’ Menteri Besar mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi projek penurapan jalan melibatkan penyelenggaraan serta pelebaran jalan di bawah kelolaan negeri.

Dato’ Seri Amirudin Shari menggalakkan orang ramai melaporkan kejadian jalan rosak di komuniti mereka menerusi Twitter.

Beliau memaklumkan proses pelaporan kerosakan jalan di Selangor dipermudahkan dengan aduan di platform berkenaan sebelum ditapis dan disemak secara automatik.

Sebelum ini, EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim memaklumkan kerja penurapan jalan besar-besaran di seluruh negeri akan dilaksanakan mulai Mac ini demi keselesaan pengguna.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.