AGENDA

Cubaan warga asing seludup lebih 8,000 botol arak di Cheras tumpas

5 Feb 2023, 1:00 AM
Cubaan warga asing seludup lebih 8,000 botol arak di Cheras tumpas

KUALA LUMPUR, 5 FEB: Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan minuman keras di Cheras, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata lelaki berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang di sekitar Kampung Bohol, Bukit Jalil.

“Polis turut merampas 3,694 botol dan 4,920 tin arak pelbagai jenama, dengan jumlah nilai rampasan keseluruhan termasuk cukai dianggarkan RM270,000,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata suspek kini direman sehingga 15 Feb bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.