ad
AGENDA

Permohonan bantuan anak OKU bakal dibuka, jangka 500 individu terima manfaat

1 Feb 2023, 12:00 AM
Permohonan bantuan anak OKU bakal dibuka, jangka 500 individu terima manfaat
Permohonan bantuan anak OKU bakal dibuka, jangka 500 individu terima manfaat

SHAH ALAM, 1 FEB: Permohonan bantuan khas Anak Istimewa Selangor (AnIS) bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) bakal dibuka antara bulan ini hingga Mac.

Pengurus Besarnya Gan Pei Nei berkata bantuan dengan peruntukan RM1 juta dijangka memanfaatkan 450 hingga 500 individu dan terhad kepada RM5,000 bagi setiap permohonan.

“Inisiatif ini dapat membantu orang ramai khususnya keluarga yang mempunyai ahli keluarga OKU meliputi sokongan pembayaran bulanan pusat terapi dan pembelian peralatan serta barangan,” katanya ketika dihubungi.

[caption id="attachment_560372" align="aligncenter" width="754"] Kanak-kanak kelainan upaya mengikuti sesi pembelajaran di Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (AnIS) Seksyen 7, Shah Alam pada 12 Januari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Pei Nei memaklumkan pada tahun lepas pihaknya menerima 1,291 permohonan untuk bantuan tersebut namun hanya 331 diluluskan.

Orang ramai yang ingin membuat permohonan melalui lawan sesawang www.anisselangor.com/bantuananis

Bantuan AnIS diberikan secara sekali bayar (one-off) dengan had maksimum sehingga RM5,000 bagi satu keluarga dan terbuka kepada anak istimewa berumur 18 tahun ke bawah.

Skim ini membabitkan empat jenis bantuan iaitu makanan dan keperluan tambahan, pembelian atau pembaikian peralatan mesin, ubat dan pendidikan khas.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.